my lips are not sealed to this ;p
Assalamualaikum and hi,
Masa kecil2 dulu selalu berangan nak jadi dewasa. kalau tengok majalah selalu tengok umur orang kat dalam majalah tu. 'bestnyeee umur 23 tahunnn" "mm kalau 25 tahun mesti da keje boleh pakai baju cantik2 pegi keje". memang kelaut i punye mission and objective masa dulu-dulu. nasib baik sel-sel otak berkembang dan fikir jauh sikit. tssk.
tapi one thing yang sy ingat semasa kecil dulu kalau berangan nak jadi orang besar adalah, boleh pakai lipstick. best okay pakai lipstick sebab bibir kite yang tak berapa nak merah delima ni tibe-tiba2 boleh nampak pinkish atau merah cili. masa tu punye lah nak tunjuk kat sume orang, padahal pinjam lipstick Christion Dior umi dan pakai ikut 'keselesaan sendiri'. sila faham konteks keselesaan sendiri adalah syok sendiri dimana orang sekeliling tengok pelik buang tebiat budak kecik ni pakai lipstick warna purple. haha.
Akhirnya umi marah sebab confident level tahap tertinggi sepatutnya tidak digunakan untuk pakai makeup masa darjah satu. dengan hati yang sangat sedih sy gunakan chocolate M&M yang warna warni tu sebagai pewarna bibir. i took the red colour, basahkan sedikit dengan air then letak pada bibir macam lipstick. iya, memang sangat gigih ye budak kecil ni nak jadi orang besar. tak menahan bila pergi birthday kawan2 orang lain main game musical chair, tapi sy cari M&M mana tau boleh dijadikan lipstick. Ya Allah, ampunkan zaman jahiliyah ku dahulu. sadis sangat.
tapi masa darjah 4 umi bagi surprise. dia bagi LipIce! masa tu macam... hoaaaa.. akhirnya ade lipstick sendiri! mungkin umi dah sedih sangat sebab anak dia terlalu positif segala bahan semulajadi boleh dijadikan alatan makeup. so semenjak itu mulalah perjalanan hidup bersama LipIce. been with LipIce since i was in standard 4. masa tu semua orang kena ada LipIce, kalau tak ada sure ada sesetengah kawan yang ala-ala macam gossip girl tapi versi pra sekolah menengah akan buat muka pelik, cannot geng with us. sampai macam tu sekali penangan LipIce ni.
dulu my lil sis ada LipIce yang ini tapi sekejap je hilang. sebab kakak dia pakai. hehe. ada effect glossy so memang cantik sangat.
My favorite LipIce would be LipIce Sheer Colour. simply because it moisturize and at the same time bibir ada pink2 yang natural. korang puny favorite LipIce pulak?
yang ni lah yang kite pakaiii |
LipIce sebenarnya ada buat contest. mula2 macam taknak bagitau korang sebab chances untuk menang makin berkurang tapi. tak challenging la kalau lawan 10 orang jeee. hehe. the more the merrier! best and mudah sangat contest LipIce kali ni!
Cara-cara untuk join contest ni mudahhhhh saja.
1. Register Facebook LipIce di sini
2. Selfie menggunakan LipIce Lipbalm
3. Post di instagram dengan hashtag #mylipstyle
senang kan? :') Contest ends on 6th October 2014. so hurry up okay! Actually sy pun nak hantar, u guys think this pic okay tak?
will try my luck too. korang join tau sebab hadiah dis sangat2 best! the winner will get :
1. Be a COVER MODEL with Diana Danielle for Remaja Magazine +
received hamper worth RM1,000
2. Top 10 winners will be featured in Remaja Magaine + received hamper worth RM 500
3. Party with Diana Danielle in November
Tak salah mencuba kan. mana tahu kalau nasib menang.. dapat banyak hadiah. masuk magazine lagi :) goodluck beauties!
take care people!