penjagaan tapak kaki yang sewajarnya.
Assalamualaikum and hi :)
Masa kecil2 dulu tak pernah rasa penjagaan kaki tu penting sangat. setakat masa mandi, basuh2 dengan sabun, then letak lotion. kalau pakai scrub tu mungkin lah setahun 2-3 kali. wuu. punyalah jahiliyah tak tahu pentingnya penjagaan kaki ni. bila dah besar kulit start kering dekat kaki. ok lah boleh sapu lotion then kurang sikit. tapi. dekat tapak kaki macam manaaa.
setiap orang lain tahap ketebalan sel kulit mati di tapak kaki. mungkin takde langsung sebab rajin melampau setiap hari sental kaki dengan scrub 40 minit. ada yang biasa2. dan ada yang banyak. mine dikategorikan sebagai.. BANYAK. banyak tu tahap.. hmm. dah lah tukar topik. tssk. kire macam kalau nak buang tu kene guna gunting baru boleh. faham tak tebal tak tebal. i think it is genetically kot sebab my dad macam tu. so kami mmg share pengalaman menggunting tapak kaki sendiri. bonding session anak beranak cakap pasal gunting tapak kaki. kau ado? lolz.
jadi pada suatu hari sy diperkenalkan dengan produk yang famous amous tentang penjagaan kaki, which is SCHOLL. rupa rupanya SCHOLL ni telah lama buat kajian tentang tapak kaki fatin suhana yang tebal itu lalu mereka mencipta satu alat hebat yang dinamakan SCHOLL SUHANA. ok tipu. hmm. tapi part yang buat satu alat untuk buang sel2 kulit mati tu betul tau. they called it SCHOLL VELVET SMOOTH :)
macam ni lah bentuk alat tu. mudah sangat nak guna. just pressed button, then gosok2 manja dekat tapak kaki yang penuh sel kulit mati itu. hasilnya, ehem. halus mulus kulit kaki. tapi jangan guna dekat tangan ke, muka ke tau. takde lah bahaya sangat, tapi kot2 terluka ke kan.. tak ke sedih. nanti orang tanya kenapa muka u berdarah2. dengan penuh redha korang jawab, i pegi asah muka i dengan scholl velvet yang patutnya kat kaki, kat muka. then terus kawan korang berlalu pergi sebab malas nak layan kesedihan yang tidak patut itu. hmm. ok dah melalut. tssk.
Jadi kenapa penjagaan kaki tu sangat penting? first of all, untuk boost our confidence. ingat wanita2 muslimah di luar sana.. kaki kita adalah aurat. tapi tak semestinya sebab aurat, kita tak jaga langsung. in fact paling kena jaga. kaki kena at least nampak bersih supaya kawan2 sesama perempuan tak adalah rasa kita ni macam tak pandai jaga diri. ataupun suami kita. ye lah, berhias cantik2 untuk suami juga kan. jadi kita haruslah pandai menjaga kaki ;)
Apart from that, I believe when we really took care of our feet.. it defines total hygiene. the best part about this roller, we can share it with friends and family. bila nak bagi kawan2 atau family pakai, just change the roller head to a new one. and kalau kita pressed terlalu kuat pada permukaan kaki, roller ni akan automatically stop. precaution kalau jadi perkara2 yang tidak diingini. real good kan? :)
now, untuk lebih faham.. I want to show you one video about this Scholl Velvet Smooth. jom tengok! abaikan gadis dalam video tu. input tu yang penting. aha. enjoy :)
More Info on velvet smooth - www.velvetsmooth/com.my
Scholl official site - www.scholl.com.my
till then, take care people!