-->

checklist diri sebelum nikah

Assalamualaikum and hi :)

pejam celik pejam celik dah nak dekat 3 bulan rupanya nikah. tak sangka dulu masa kenal darjah 6, gaduh2 keliling kelas tiba2 jadi suami. tiap2 hari bangun pagi, pemandangan pertama adalah suami kat sebelah. bahagia Alhamdulillah :)

Haritu ada tulis dekat instagram berkaitan kahwin/nikah. maksud sy dalam instagram tu adalah jika mampu, maka percepatkanlah nikah. tapi iyalah, semuanya bergantung pada kuasa Allah S.W.T. tak semua orang diberi nikmat kawin muda. sy sendiri tak merasa nikmat tu. takde lah tua, tapi by 25 baru nikah. kata orang sedang2 elok.

ada banyak perkara yang kita kena buat checklist sebelum nikah. yang pertama, 'dah sedia ke kita' ni untuk menjadi suami atau isteri seseorang. sigh! part ni sebenarnya kalau nak kira dah sedia ke tak.. sampai bila2 pun tak akan sempurna. tapi berdoalah. berdoa agar jodoh kita dipercepatkan dan jika kita masih lagi kurang yakin dengan diri ini.. maka dekatkan diri pada Allah S.W.T. kalau checklist kita tu penuh demand : nak beriman, jadi imam, hafaz quran, bangun tahajud tengah malam, etc.. check balik diri sendiri.. kita sendiri macam tu tak? kalau sekadar cakap nak, tapi diri sendiri tak usaha untuk menjadi seseorang yang sesuai untuk didampingkan.. susah juga nak dimakbulkan doa tu kan? :')

checklist kedua, restu ibu bapa. terus terang perkara ni adalah perkara yang terpenting kalau nak nikah. sebab tanpa restu mereka, kita ibarat macam menderhaka. but that's for me la. kalau kedua ibu bapa kita kurang berkenan calon kita.. jangan cepat putus asa. kalau kita dan si dia betul2 mahu mendirikan masjid, kejar restu ibu bapa. daripada tak suka, boleh jadi menantu kesayangan.. who knows kan ? :) antara benda yang kita boleh buat, give them time. kadang2 ibu bapa terkejut kita cakap nak kawin. ada parent tindakan refleks mereka marah2, padahal sebenarnya mereka tak bersedia lagi nak lepaskan anak kesayangan mereka. jadi, slow2. tak perlu rushing, tak perlu paksa mereka terima terus. give them time.

checklist ketiga, kira kos kawin dan kos selepas kawin. ini penting ye. lepas kawin lagi penting. rumah, bil elektrik, air, internet, bahan masak, etc. kena kira perkara2 ni cepat2 jadi masa sebelum kahwin pulun kerja habis habisan supaya masa dah kawin nanti tak terkejut kenapa banyak sangat guna duit. lagi bagus kalau before kahwin dah plan perbelanjaan bulanan macam mana. guys kadang2 tak tahu perbelanjaan isi rumah macam mana. so samada the girls boleh bagi roughly idea berapa nak spend utk bahan mentah (masak) atau buan pertama tu jadikan eksperimen. by second and 3rd month tu dah boleh estimate :)

keempat, isteri bukan beban. tapi teammate untuk berjaya. seboleh bolehnya, sebagai isteri jangan jadikan alasan dah ada suami boleh spend sesuka hati ataupun minta suami belanja suka2. but it doesn't mean that si suami buat2 tak faham taknak belanja isteri ye. hehe. btw, what i am trying to say is that, apa yang boleh jimat. berjimat. contoh kalau isteri masak di rumah, dalam seminggu mungkin suami boleh tetapkan 2 kali makan di luar. kiranya off day untuk isteri masak. ataupun, bila suami ada banyak kerja di office, bersihkan rumah, cantikkan diri sendiri. supaya bila husband balik rumah dia akan rasa tenang :)

sindrom lepas kawin mmg naik badan kot? :')
harap2 pada yang tengah cari ilham ke, cari courage untuk nak nikah, nak bagitau parent and all.. may Allah ease your journey! percayalah pada Allah, kun fayakun, semua boleh jadi :)

take care lovelies :)


Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel