-->

Resepi : Nasi Ayam Chinese style

Assalamualaikum and hi :)

Dah lama tak kongsi resepi kat blog. sebenarnya banyak nak share resepi tapi semenjak dah kawin ni, masa lapang dihabiskan untuk mengemas rumah berbanding pegang laptop. huhu. harini nak share resepi nasi ayam. selalu kalau orang datang rumah memang akan bagi this signature dish la konon2. sebab husband cakap sedap. dan siapa2 yang datang rumah memang takkan tak tambah. faham tak kesedapan nasi ayam tu. lolz. bukan riak okay, kalau riak taknak share dah resepi. tapi sebab nak kongsi cara2 buat nasi ayam ni mudah sangat. dan cepat. tu yang penting. sebab biasanya kalau orang dtg rumah of course la nak kemas2 rumah, nak mandi, nak prepare masak.. jadi kena lah masak makanan yang tak makan waktu kan. 

kepada para gadis diluar sana, kalau korang jenis yang jarang2 ke dapur.. meh buat nasi ayam ni. bahan2 mudah. Insha-Allah takkan lari rasa tu. and family sure akan suka. kalau family jenis suka nasi ayam chinese style :)

selalu tak sempat ambil gambar. thanks to couz tlg ambilkan :)


ok banyak pulak menulis nye kan. jom tengok resepi!

NASI AYAM CHINESE STYLE

serving untuk 2 orang

Bahan2 :

2 pot Beras (ofkos lah kann)
1 sudu besar butter
3 batang kayu manis
3 biji bunga lawang
*1 biji bawang besar -dikisar
*2 biji bawang merah sederhana besar - dikisar
*3 ulas bawang putih -dikisar
*1/2 inch halia - dikisar
1 kiub ayam (brand maggi atau knorr)
2 ketul peha ayam (mana2 parts yang korang suka)
2 biji ubi kentang potong 4
daun sup
kicap
sos tiram
garam
bawang goreng
salad
timun

bahan yang bertanda *, kisarkan sekali. kisar tu letak air sikit supaya jadi macam paste.

untuk sambal :

1/2 biji tomato
1/2 inch halia
1 biji cili merah besar
2 biji cili padi (kalau nak pedas, tak letak pun okay)
garam
air sup rebusan ayam

cara-cara :

1. first sekali kena buat sup ayam dahulu. panaskan minyak.bila minyak dah panas, masukkan bahan kisar yang bertanda *. masukkan juga 2 batang kayu manis dan 2 bunga lawang. tumis hingga naik bau. then letak air, ayam, kiub ayam, kentang dan sedikit garam.  make sure air tu letak banyak ye. sebab air ni nanti akan digunakan untuk masak nasi dan juga sambal. jadi kena pandai anggar untuk : nasi, sambal dan sup. bila ayam dah hampir2 masak, keluarkan dan toskan. ketepikan.

2. untuk nasi pula, masak nasi seperti biasa. tapi gunakan sup ayam untuk masak nasi. also, masukkan 1 kayu manis dan 1 bunga lawang ke dalam rice cooker. tutup dan biarkan nasi masak macam biasa. bila nasi dah masak, ambil 1 sudu butter dan gaul dengan nasi tu. biarkan butter meresap pada nasi dlm rice cooker. hmm. macam pelik pulak ayat tu. tssk. but you get what i mean kan :')

3. untuk ayam pula, masa bawa kuar ayam dari sup tu, letakkan ayam dalam tray. kemudian letak kicap + sos tiram (tak perlu banyak) + bawang putih dan halia yang telah  dipotong halus. gaulkan ayam dengan bahan2 tadi. sy suka lebihkan kicap supaya ayam tu nanti tak kering sangat. bila dah gaul (kalau ada masa, blh marinate dlm 10-20mins), masukkan ayam dalam oven untuk 15-20 mins dan set pada 140C.

4. in the meantime tunggu ayam masak, boleh buat sambal. kisar semua bahan2 untuk sambal sekali dengan sedikit air sup ayam tadi.

5. kalau agak2 suka kicap, boleh buat kicap+sos tiram+halia+bawang putih, digaul dan kacau rata. sama bahan macam ayam tadi.

6. potong timun, salad dan letakkan daun sup pada sup ayam tadi.

7. serve cantik2 dan boleh makannnnn :)

kalau ada tak faham apa2 boleh tanya di ruangan comment ye. thank you. selamat mencuba :)


Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel