Cabang rezeki.
Assalamualaikum and hi,
Dari dulu sampai sekarang, di mana mana terutamanya di tempat makan sure akan ada beberapa makcik, kanak-kanak atau orang asing datang ke meja kita untuk meminta belas ihsan samada untuk membeli barang yang mereka jual ataupun sekadar memberi wang untuk mereka membeli sesuap nasi.
Kadang-kadang timbul juga perasaan dekat hati ni. betul ke mereka ni hidup dalam kesusahan. ataupun ambil jalan mudah, menagih simpati orang awam seperti kita. dah lama perasaan tu ada. setiap kali jumpa orang yang datang ke meja-meja. tapi perasaan nak tahu tu hilang lepas makan. terlupa. sobs.
Baru-baru ni masa dalam kereta terdengar tazkirah ustaz di ikim.fm. tak ingat dah nama ustaz apa. tapi takzirah dia sangat-sangat membuka minda. katanya, pada zaman dahulu (tak pasti zaman nabi atau zaman sahabat) ada seorang yang kaya raya. dan dia suka menderma. pada suatu hari dia ada beberapa amount duit yang dia dah berniat untuk menderma. tapi kali ni, sebelum dia menderma dia berjumpa seorang yang zuhud untuk bertanyakan satu soalan.
"kepada siapa harus aku bagi wang ini?" tanya si Kaya.
"kepada yang layak dan tidak layak." jawab si Zuhud.
pening sekejap nak brain. kenapa perlu bagi pada yang layak dan tidak layak. walhal boleh saja cari fakir miskin, anak yatim piatu, ibu tunggal untuk bagi wang tersebut. apabila si Kaya bertanyakan soalan sebegitu, jawab si Zuhud :
"kerana Insha-Allah, dengan izinNya.. Allah akan bagi rezeki yang layak dan tidak layak kau terima."
sampai begitu sekali kuasa menderma ini. mungkin kita ditakdirkan untuk hidup biasa-biasa sahaja. tetapi jika kita tidak berkira dari segi menderma, mungkin Allah akan bagi hidup kita terlebih senang, terlebih selesa.. yang sebenarnya tidak layak untuk kita menerimanya. tetapi kuasa menderma, melayakkan kita menjadi sebegitu.
tutup mengenai kisah tadi. di kepala saya masih lagi teringat orang2 yang meminta derma dari meja ke meja. saya fikir.. kalau lah saya mahu menderma pun, tapi kalau orang yang meminta derma tu hanya olok2.. macam mana? rugi lah.
seperti tahu2 je ustaz dalam ikim.fm tu. dia terus terangkan kaitan antara kisah tadi dengan situasi waktu sekarang yang orang meminta derma. katanya, kalau niat di hati mahu derma. dermakan sahaja. Islam melarang kita berprasangka. kalau kita cakap, "taknak lah derma kat dia.. entah2 sindiket." Islam melarang kita berprasangka. tidak ada bukti kukuh, jadi kita tak boleh menuduh seseorang sebegitu. dan kalaulah betul orang tersebut tidak menggunakan wang yang kita berikan dengan sebaiknya, itu adalah antara dia dan Allah S.W.T. Antara kita dan orang tadi, kita ikhlas menderma/sedekah dan pahala menderma/sedekah itu sampai, Insha-Allah. yang penting ikhlas lillahi taala.
Teringat ada this one time, tahun lepas kalau tak silap.. seorang makcik datang ke meja makan kami (me and mueiz, masa tu still fiance).. dia memang nampak macam sakit. dia datang ke meja dan minta sedekah.. entah macam mana hati ni sayu nampak makcik ni.. ke mana anak dia semua, kenapa tiada yang jaga.. masa tu husband terus bagi duit yang mungkin bagi makcik tu jumlah nya agak besar. makcik tu tunduk dan terduduk.. dia menangis depan meja kami. masa tu dia bercakap sambil menangis tapi both of us didn't understand her words.
Masa tu airmata sy dah bergenang. mungkin dia ada kisah disebalik semua ini. sy peluk dia dan ajak dia duduk bersama kami. rupa-rupanya dia menghidap kanser. kalau tak silap kanser perut. dia letakkan tangan saya di perutnya.. sy terus menangis sebab perut dia gelembung dan tidak rata. memang tak normal. lebih menyedihkan anak dia baru meninggal kerana kanser juga. as for her, doktor indicates tempoh hayat makcik tu dalam 8 bulan :'( begitu besar penderitaannya. tiada orang untuk menjaganya. baru kehilangan anak. kemudian dia sendiri menghitung hari untuk pergi menghadap ilahi. rupanya tauke kedai kami makan memang tahu kondisi makcik tu dan dia memang bagi makcik tu makan free kerana kedhaifan hidupnya.
sebelum kami balik, kami sempat sedekahkan lagi duit untuknya. rasa macam tak cukup. kalau lah saya punya harta yang banyak, nak je bagi duit yang lebih banyak supaya makcik tu tak perlu berjalan ke mana2. rehatkan diri dan dekatkan diri pada Allah S.W.T. namun, itu sahaja yang saya dan tunang mampu pada waktu itu. kami juga bersyukur dapat menolong makcik tu.
Kuasa Allah. sales raya sebulan lebih selepas kejadian tersebut, pertama kali butik kami capai ratusan ribu ringgit. semua kerana Dia.
Entahlah, while writing this.. i am at coffee shop. drinking latte and scones. terasa nikmatnya Allah bagi semua ini. bila2 masa sahaja Allah boleh tarik. kalaulah kita tak bersyukur. kalaulah kita pandang rendah pada orang lain. kalaulah kita rasa kita paling hebat. sekejap sahaja Dia boleh lenyapkan apa yang kita ada. kun fayakun. maka, jadilah.
muhasabah untuk diri sendiri. take care bakal ahli2 syurga :)